Monday, 12 October 2009

Bayar hutang!; jangan nak bangkang aje!

MARA Kelantan tuntut hutang RM 36 Juta – usaha gempur yang harus dipuji kerana menyedarkan si penghutang bahawa hutang wajib dibayar.

Selaku peminjam MARA – saya sendiri sudah merasai kenikmatan meminjam, hasil meminjam dan memang diakui kalau sudah meminjam hendak bayar balik memanglah perit.

Walau perit, usaha membayar telah saya selesaikan sekitar tahun 2005 dan terimakasih kepada pihak MARA yang diwakili peguamnya, yang begitu berhemah membantu saya melangsaikan pinjaman.

Hanya orang Melayu yang buta hati tidak akan faham aspirasi MARA malah berkempen-kempen mempertikaikan hak bangsanya sendiri- kununya demi rakyat Malaysia - demokrasi sama rata– Cih!

Saya yakin ramai rakyat Kelantan yang hebat-hebat dipersada ekonomi Malaysia hari ini lahir dari usaha teratur kerajaan yang diterajui pimpinan UMNO – menyediakan segala infrastruktur negara yang begitu terancang. Perkara ini tidak boleh kita nafikan - tidak boleh kita perlekehkan.

Kalau ada pun rakan-rakan yang hendak persoalkan hakikat yang saya ketengahkan ini, maka persoalkanlah dengan ketelitian sehingga terbit penambahbaikan kepada apa jua kekurangan yang wujud selama ini – bukan memburukan lagi keadaan.

Mengatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO tidak betul semata-mata, tidak buat apa-apa selama 50 tahun memerintah adalah terlalu emosi dan emosi yang keterlaluan ini adalah penyakit jiwa yang kronik – penyakit jiwa yang menghitamkan hati –penyakit jiwa yang membekukan fikiran – penyakit jiwa yang terkawal oleh bisikan syaitan.

Dipendekan cerita, kepada para penghutang, jalankan tanggungjawab anda sebagai penghutang iaitu membayar hutang kepada peminjam anda sehingga selesai skop tanggungjawab anda.

Saya memetik didikan seorang Guru dalam soal disiplin hutang – katanya tegas "hutang wajib bayar" walau berpusing-pusing soalan dan alasan yang dilontarkan – katanya tetap tegas "hutang wajib bayar".

Salam Hormat

Tuesday, 6 October 2009

Antara Anyir dan Jakarta

Saya tersiul [baca: ter 'siul' bukan ter 'sial' ] lagu Antara Anyir dan Jakarta yang dipopularkan Shiela Majid sekitar tahun 86, lalu memasukan entri ini.

Lebih kurang 400 orang yang sedang hadir kenduri kahwin di Dusin Pulai Aik, Padang Pariaman terkambus hidup-hidup, 30 meter dalam, akibat gempa bumi pada skala 7.6. Menara masjid yang merupakan struktur paling tinggi di kampung itu juga lenyap.

Simpati kita timbul kepada mangsa malah kepada seluruh rakyat Indonesia yang sedang meratap hiba. Hati kita yang terguris dengan perangai segelintir rakyat Indonesia yang kurang ajar hendak melakukan 'sweeping' warga Malaysia di Jakarta tempohari - bendera Malaysia sudah pun mereka bakar – lenyap begitu sahaja.

Malah usaha segelintir rakyat Indonesia ini yang hebat membentuk tentera sukarelawan untuk menggempur Malaysia lanjutan dari isu tarian Pendet juga tidak kita hiraukan sangat.

Ini semua kerana simpatinya kita kepada nasib yang menimpa rakyat Indonesia ketika ini.

Syabas kepada Malaysia kerana terus memainkan peranan sebagai jiran tetangga menghulur sebanyak mungkin bantuan kepada rakyat Indonesia yang ditimpa musibah. Ini sekali gus membuktikan Malaysia adalah rakan sejati susah dan senang rakyat Indonesia.

Justeru itu tidak perlulah rakyat Indonesia berfikir panjang lagi untuk menilai-nilai kebaikan Malaysia. Oh ya! Malaysia ada kerajaan – Kerajaan Malaysia namanya. Kerajaan Malaysia yang jarang memuji-muji Indonesia berbanding Bapak Anwar Ibrahim – demokrasi Indonesia yang berakauntabiliti dan menjadi contoh, kununya.

Bantuan terus dihulur melalui pelbagai program antaranya;

Di petik dari email Prowaris yahoogroups.
MISI KEMANUSIAAN DI PADANG SUMATERA..!!

Pasukan perubatan INSAF dan pasukan 'Rapid Assesment' akan bertolak ke Padang, Sumatera pada 8hb Oktober 2009. Pasukan perubatan yang diketuai oleh Dr Ahmad Abdul Wahid dan Dr Alvin Tan serta 'Logistiction' sdr Ishak Abd Kadir merangkap Presiden INSAF akan membawa bekalan ubat-ubatan dan peralatan khemah dalam Misi Kemanusiaan ini.

Namun begitu oleh kerana bekalan yang kami bawa hanya mampu bertahan untuk sementara waktu, pihak kami sangat mengalu-alukan bantuan sdr-sdr semua tak kira apa bentuk bantuan terutama bantuan kewangan.

Sila hubungi pihak kami dengan segera...!!
http://www.insafmal aysia.org

Sunday, 4 October 2009

Interfaith; dialogue

‘Interfaith dialogue now needs clear direction’P.K. Abdul Ghafour I Arab News (full article)

Professor M.D. Nalapat, UNESCO peace chair at Manipal University in India, “Islam is a peaceful religion but the extremists have tarnished its image.” He said making judgment on the actions of people comes under the authority of God. “When we attack or condemn others on the basis of their actions we are infringing on the authority of God.”

Nalapat, a Jain who has learned a lot about Islam from his mother Kamala Suraiya, the famous Indian novelist and poetess, urged Muslims to show to the world that Islam is a religion of mercy and compassion through their actions. He criticized world media for projecting the mischievous actions of a handful of extremist Muslims, ignoring good works of the majority.

will continue with related article

Thursday, 1 October 2009

No komen! No komen!

Saya tidak mahu komen Tan Sri Isa Samad jadi calon BN untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Kalau menang, menang lah.

Kalau kita kembali kepada asas, adalah hak pengundi mementukan siapa yang mereka mahu – mudah dan tidak payah berbahas. Hormat, harus hormat pada keputusan.

Apa yang penting ialah memberi ruang kepada semua untuk berkempen demi meraih undi, dan yang paling mustahak jangan ada sabotaj dikalangan ahli UMNO sendiri.

"Maklumlah Isa Samad tu pencabar kuat jawatan elit UMNO Malaysia - bawah Najib"

"Seterusnya dengan kemenangan beliau nanti boleh kesasar-nanar dibuatnya pihak yang mencairkan beliau dahulu"

"Jadi kebarangkalian beliau nak kena sabotaj wujud, supaya beliau kalah"

Sambutan Hari Raya dikalangan warga Malaysia di Bahrain diteruskan – adat budaya Melayu beraya sebulan.

Bicara politik warga Malaysia di Bahrain tidak menyebelahi Isa Samad. Pemimpin yang bersih didambakan. Faham-faham aje lah.

Salam Hormat.

Thursday, 20 August 2009

Ambil Iktibar; apa salahnya!

Saya suka kembali kepada fundamental kalau ada perkara yang semakin kabur. Kalau bercakap soal fundamental, adakala menyakitkan hati sesetengah pihak.

Sekarang ini jelas, macam-macam senjata diguna antara satu sama lain untuk meraih sokongan dan undi.

Tetapi dalam konteks hari ini, rakyat yang sudah pandai bercakap soal integriti dan sebagainya - tidak banyak memihak kepada UMNO, maka kenapa letak calon yang boleh dipertikaikan integritinya.

Letaklah calon yang tidak boleh dipertikaikan langsung walau peniaga pasar malam sekalipun.

Tak payahlah nak berdebat sana sini, menjawab seribu satu soalan mengenai pecah amanah.

Walau dapat dibuktikan tidak bersalah sekali pun, rumah dah hangus terbakar dan UMNO terus tercalar dan tercalar.

Saya bukan menongkah arus. Saya fikir ringkas dan asas.